Order Form

Nama:
Alamat Email(pastikan alamat email anda betul):
Alamat Penghantaran:
Poskod :
Cara Pengeposan:
No.Telefon:
Item yang ingin di order :
Tempoh Bayaran:
Saya akan bayar secara : COD(Cash On Delivery) -Pasir Gudang Area only
Bank in ke Maybank Account
Bank in ke Cimb Account
Perbankan Internet Maybank2u
Perbankan Internet Cimb Click

***Nombor akaun bank akan di beri setelah order form ini di hantar

 

*** SILA PERIKSA EMAIL ANDA DALAM MASA 24 JAM SELEPAS ORDER FORM DI HANTAR ***

Lain-lain(pertanyaan,pembayaran selain melalui cara di atas,penebusan hadiah)

This contact form was created by Freedback.

Monday 21 April 2014

Keikhlasan magnet terbaik dalam kehidupan

Dalam kehidupan yang kita lalui hari2 memerlukan keikhlasan serta sikap redha atas segala ketentuanNya. Sesungguhnya Allah itu maha mengetahui akan hati umatnya...dan Dia akan sentiasa membantu serta menunjukkan jalan2 ke arah kebaikan selagi kita berserah padaNya

Antara Kebaikan ikhlas yang kita kan perolehi ialah jiwa kita akan tenang; hati tidak akan merasa sakit andai kita tidak dihargai.Walau banyak budi yang telah kita semai, namun andai kita ikhlas, kita redha dan senang hati walaupun kita tidak dihargai. walau budi yang ditabur dipandang endah tak endah, namun ikhlas penawar hati kita...bersyukur atau tidaknya seseorang atas jasa baik kita pada orang tersebut bukanlah penentu yang kita ikhlas. andai keluarga atau adik beradik tidak mengenang jasa kita, tidak mencacatkan ikhlas kita, andai suami tidak menghargai penat lelah kita menguruskan rumahtangga, anak-anak dan dirinya, itu juga langsung tidak mencacatkan ikhlas kita. Andai rakan taulan tidak memandang kebaikan kita kepada mereka, itu juga tidak menjadi kudis pada ikhlas kita.

Ikhlaslah dalam melakukan apa sahaja, maka kita akan kebal kritikan dan ampuh pujian. dipuji atau dikeji langsung tidak memainkan peranan terhadap kita...kerana hati kita ikhlas. ikhlas kerana Allah.. pahala yang banyak menanti orang yang ikhlas. namun , pahala itu juga tidak mengancam ikhlas kita, kerana ikhlas kita semata-mata keranaNya, bukan kerana pahala atau pujian orang atau penghargaan sesama makhluk.Rezeki yang kita perolehi juga akan berkat...bila hati ikhlas, kita mudah redha..bila kita redha , kita sentiasa bersyukur. walau apa yang menimpa kita, kita syukuri, walau kita tidak sesenang mana , tapi hati kita sentiasa rasa hidup ini indah, kita tidak berkeluh kesah. Apabila kita bahagia, dan banyak bersyukur, maka janji Allah, Dia akan menambah nikmat orang yang sentiasa bersyukur. orang yang bersyukur hasil dari keikhlasan hati, rezekinya sangat berkat. Laluan hidupnya mudah dan walau dihimpit kesusahan tetapi dia tetap redha. 3. Ramai sahabat. keikhlasan seseorang menarik ramai sahabat di sekelilingnya, dan sahabat2nya itu turut menerima aura ikhlasnya dan membentuk diri mereka menjadi ikhlas juga.

Sabda junjungan yang membawa maksud, seseorang itu dinilai melalui siapa yang menjadi sahabatnya. Bersahabat lah dengan orang yang baik akhlak dan bersih hatinya. Kita turut mendapat aura itu. Hidup berilmu,ikhlas,redha,sentiasa maafkan semua orang dan ceria selalu...Semoga kita sentiasa dalam rahmatNya. Insyallah :)

No comments:

Post a Comment